Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Peluncuran blok baharu KPJ Penang, mercu tanda sektor penjagaan kesihatan

2025-01-12 IDOPRESS

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR,11 Januari- Peluncuran blok baharu KPJ Penang Specialist Hospital di Bukit Mertajam bukan sahaja menjadi mercu tanda bagi KPJ Healthcare Berhad,tetapi juga bagi sektor penjagaan kesihatan di Malaysia secara keseluruhan.

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,berkata bahawa kemudahan yang dilengkapi dengan teknologi canggih itu mampu meningkatkan keupayaan untuk menyediakan rawatan berkualiti tinggi kepada rakyat.

Beliau menambah,langkah proaktif yang diambil oleh hospital tersebut dapat menjadikan penjagaan kesihatan lebih inklusif dan mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat.

Namun,penyedia perkhidmatan kesihatan digesa untuk mencari penyelesaian bagi mengurangkan kos rawatan agar tidak membebankan pesakit.

Anwar turut menegaskan bahawa menerusi belanjawan yang diumumkan tahun lalu,kerajaan memberikan tumpuan kepada aspek pendidikan dan kesihatan,yang memberi manfaat besar kepada kesejahteraan rakyat.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap