Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

JKDM rekod kutipan hasil tertinggi RM65.67 bilion, tahun lalu

2025-01-10 IDOPRESS

Ketua Pengarah Kastam,Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin (empat,kanan) menunjukkan carta pencapaian hasil ketika sidang media prestasi kutipan hasil dan kes penguatkuasaan sepanjang tahun 2024 di Putrajaya / BERNAMA

PUTRAJAYA,9 Januari- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya merekodkan kutipan hasil tertinggi tahun lepas dengan kutipan sebanyak RM65.67 bilion.

Ketua Pengarah Kastam,Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin berkata,kutipan hasil tersebut terdapat peningkatan sebanyak 18.85 peratus berbanding tahun 2023.

Katanya,kutipan hasil tersebut juga melepasi unjuran hasil semakan semula Kementerian Kewangan iaitu RM61.17 bilion tahun lepas.

"Ini merupakan kutipan hasil yang tertinggi pasca pandemik dan mencerminkan usaha berterusan JKDM dalam memperkukuhkan kutipan hasil negara melalui pemerkasaan,penguatkuasaan,pematuhan cukai serta inisiatif digitalisasi yang lebih efisyen," katanya.

Dalam pada itu,beliau turut menyasarkan kutipan sebanyak RM67.25 bilion pada tahun ini selaras dengan ketetapan Kementerian Kewangan dalam Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2025.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Putrajaya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap