2026-03-19 HaiPress

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang/ BERNAMA
KUALA LUMPUR,19 Mac – Kesepakatan 30 wakil badan bukan kerajaan (NGO) daripada komuniti Melayu dan India untuk menyelesaikan kemelut secara damai berhubung isu-isu perkauman,mencerminkan kematangan rakyat Malaysia dalam menangani perbezaan secara berhemah.
RINGKASAN BERITA AI
−
Tambah beliau,Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memperuntukkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan di samping menjamin kebebasan beragama,kewarganegaraan,bahasa kebangsaan serta kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera,tanpa menafikan hak kaum-kaum lain.
Justeru,beliau menegaskan inilah formula unik Malaysia yang perlu terus difahami,dihormati dan dipertahankan semua pihak.
Terdahulu,30 wakil badan bukan kerajaan (NGO) daripada komuniti Melayu dan India telah mengadakan pertemuan menerusi Program Harmoni MADANI bagi mencari titik pendamaian berhubung isu yang timbul kebelakangan ini.
Menerusi sesi itu,kedua-dua komuniti bersetuju menyelesaikan permasalahan secara damai melalui dialog dan rundingan tanpa pengaruh pihak luar,selain satu audit turut dicadangkan bagi mendapatkan data dan fakta tepat berkaitan isu tanah serta perkara berbangkit lain.
Di samping itu,turut sepakat mencadangkan rundingan meja bulat dan penubuhan jawatankuasa khas di bawah Jabatan Perdana Menteri atau kementerian untuk menyelaras penyelesaian.
Sementara itu,kerajaan mempunyai tanggungjawab moral untuk bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang mencetuskan ketegangan perkauman melalui tindakan melampau atau provokatif.
Datuk Aaron Ago Dagang menegaskan undang-undang sedia ada seperti Kanun Keseksaan,Akta Hasutan 1948,Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 jelas memberi kuasa kerajaan untuk menangani isu sensitif berkaitan kaum dan agama.
Katanya,tindakan penguatkuasaan perlu ditambah baik dan dipertingkatkan.
“Sehubungan itu,agensi penguatkuasaan seperti PDRM dan SKMM mesti mempertingkatkan tindakan secara lebih tegas,pantas dan proaktif bagi membuktikan keberanian moral Kerajaan”,katanya menerusi satu kenyataan.
03-19
03-19
03-19
03-19
03-19
03-19
03-19
03-19
03-19
03-19