Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Bekas ADUN Kuala Sepetang dilantik CEO Tourism Selangor

2025-01-10 HaiPress

Chua Yee Ling,Ketua Pegawai Eksekutif baharu Tourism Selangor

SHAH ALAM,9 Januari- Tourism Selangor mengumumkan pelantikan Chua Yee Ling sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Agensi itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sepetang,Perak berkenaan menggantikan Azrul Shah Mohamad,yang berkhidmat sebagai KPE Tourism Selangor selama lima tahun sejak Januari 2020.

“Lembaga Pengarah,barisan pengurusan dan kakitangan Tourism Selangor amat mengalu-alukan KPE baharu,yang berpengalaman luas dalam pentadbiran selama 17 tahun merentasi pelbagai industri dan memiliki kepakaran serta kredibiliti yang dapat menyumbang kepada agensi.

"Dengan rekod cemerlang merentasi sektor awam dan swasta,Tourism Selangor yakin beliau akan mengukuhkan kerjasama antara agensi ini dengan kerajaan negeri,sekali gus memacu industri pelancongan ke tahap yang lebih tinggi terutama dalam mencapai matlamat Tahun Melawat Selangor 2025," menurut kenyataan itu.

Chua juga pernah berkhidmat sebagai Pengurus Pembangunan Industri dan Jaringan Perniagaan di Tourism Selangor selama empat tahun berturut-turut.

Sebelum menyertai Tourism Selangor,Chua memegang beberapa peranan penting dalam kerajaan termasuk pernah bertugas sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan selain berpengalaman selaku wakil rakyat di Perak.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap