2024-12-25 HaiPress
FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,24 Disember- Niaga hadapan emas ditutup rendah pada Selasa susulan kekurangan minat dalam pasaran menjelang sambutan Krismas dan Tahun Baharu.
Kontrak semerta Disember 2024 merosot kepada US$2,618.10 setiap auns troy daripada US$2,630.60 pada Isnin,manakala Januari 2025 menurun kepada US$2,631.20 daripada US$2,643.70 setiap auns troy.
Kontrak Februari 2025,Mac 2025 dan April 2025 ditutup rendah kepada US$2,641.40 setiap auns troy daripada US$2,653.90 pada Isnin.
Jumlah dagangan sifar berbanding empat lot pada Isnin,manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 16 kontrak daripada 23 kontrak sebelumnya.
Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 23 Dis,harga emas fizikal berada pada US$2,613.80 setiap auns troy.- BERNAMA
12-27
12-27
12-27
12-27
12-27
12-27
12-27
12-27
12-27
12-27