2024-12-18 HaiPress
Datuk Seri Ahmad Maslan
KUALA LUMPUR,18 Disember- Pemantauan masa nyata secara setempat akan dilaksanakan bagi pengesanan awal berkaitan perubahan kestabilan cerun berisiko tinggi bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata,data diperoleh akan terus dihantar ke pusat kawalan bagi tindakan susulan.
"Pengguna peralatan yang dipasang contohnya tilt sensor inclonimeter (sensor untuk mengukur berat satu titis hujan) dan pizometer (digunakan untuk memantau tekanan air tanah) untuk mendapatkan data lebih tepat.
"Tolok hujan digunakan bagi merekod taburan hujan luar biasabagi lokasi berkenaan selain mengelakkan tanah runtuh. Kementerian melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) telah melakukankerja-kerja pencegahan dengan melakukan penyelenggaraan rutin di cerun yang sangat tinggi," katanya.
Sementara itu kerja kerja pembaikan korektif adalah keutamaan kementerian untuk dilakukan terlebih dahulu bagi cerun telah runtuh.
Beliau menjawab pertanyaan Senator Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz di Dewan Negara berkenaan faktor utama sebilangan cerun di sepanjang jalan seluruh negara dikategorikan sebagai sangat berisiko tinggi
serta penyelesaian jangka panjang pengukuhan cerun bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya.
12-25
12-25
12-25
12-25
12-25
12-25
12-25
12-25
12-25
12-25