Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Pendedahan aktiviti ceroboh tanah tanam durian hasil tinjauan udara

2024-11-29 HaiPress

FOTO BERNAMA

KUANTAN,29 November- Aktiviti penanaman durian secara haram dikesan di kawasan Sungai Perdak,Mukim Sabai,Bentong hasil daripada tinjauan udara.

Menteri Besar Pahang,Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata aktiviti pencerobohan tersebut dikesan dilakukan di kawasan tengah hutan.

"Saya kebetulan meninjau dari udara. Di tengah-tengah hutan,saya tengok ada ladang durian dan saya minta Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang siasat lebih lanjut dan memberikan laporan."

"Kemudian kita dapati aktiviti itu dilakukan secara haram dan tindakan penguatkuasaan terus diambil. Kita buat keputusan bukan setakat kompaun tetapi akan membawa mereka ke mahkamah,kita tidak akan berkompromi,katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas membentangkan Belanjawan Negeri Pahang 2025 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang.

Menurutnya,Kerajaan negeri memandang serius isu pencerobohan tanah kerajaan dan komited untuk menangani isu yang menyalahi undang-undang itu.

"tindakan pendakwaan di mahkamah perlu dilaksanakan segera bagi membolehkan kerajaan negeri memastikan pencerobohan tanah haram sifar yang membabitkan aset kerajaan di Pahang,"katanya.

Rabu lalu,media melaporkan ladang durian yang ditanam secara haram di atas tanah milik kerajaan negeri di kawasan Sungai Perdak diserbu Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP).

Tindakan itu dibuat susulan penemuan aktiviti pencerobohan yang membabitkan kira-kira 400 hektar tanah kerajaan di kawasan terbabit.

Selain,menyita rumah pekerja dan peralatan yang ditemui,UPNP juga telah diarah memusnahkan pokok-pokok durian yang ditanam di atas tanah kerajaan itu bagi memastikan aktiviti pencerobohan tidak terus berlaku.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap