2024-11-15 HaiPress
Foto Facebook anwaribrahimofficial
LIMA,15 November- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan mengadakan pertemuan dengan syarikat teknologi gergasi,Google di sini.
Pertemuan antara Perdana Menteri dan Ketua Global Hal Ehwal Kerajaan dan Dasar Awam,Karan Bhatia bertujuan untuk membincangkan mengenai Pusat Data dan Kecerdasan Buatan (AI) milik Google.
Datuk Seri Anwar berpendapat aspek pemerkasaan ekosistem AI dan Pusat Data perlu diberi perhatian sewajarnya lebih-lebih lagi mengenai soal peraturan dan undang-undang yang berkaitan.
Ini bagi mengelakkan berlakunya ketirisan data serta eksploitasi ke arah keburukan.
Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian berkaitan mengambil tindakan segera bagi memastikan isu tersebut dapat dikawal.
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20