Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Harga dua peringkat langkah terbaik penyasaran subsidi RON95 - Rafizi

2024-11-12 HaiPress

Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR,12 November- Kaedah harga dua peringkat dikenal pasti sebagai langkah terbaik dalam pelaksanaan mekanisme penyasaran subsidi bahan api,petrol RON95.

Menurut Menteri Ekonomi Rafizi Ramli,kerajaan maklum bahawa belum ada kaedah sempurna dalam pelaksanaan penyasaran subsidi RON95,memandangkan setiap cadangan ada risikonya.

Namun katanya meskipunkaedah pengesahan kelayakan menggunakan kad pengenalan belum sempurna,kaedah itu adalah paling sesuai dalam mengekang kenaikan harga barang yang mendadak dan inflasi.

"Rata-rata ahli ekonomi menyatakan bahawa bayaran tunai adalah lebih baik kerana tidak membabitkan operasi di stesen minyak,namun kerajaan melihat risiko kenaikan harga barang," jelasnya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Pulai Suhaizan Kaiat di Dewan Rakyat.

Beliau juga yakin bahawa pelaksanaan kaedah 'harga dua peringkat' boleh diperbaiki dari semasa ke semasa.

Mekanisme harga dua peringkat,membabitkan harga subsidi kekal di pam pada paras seperti ditetapkan kerajaan untuk 85 peratus rakyat,manakala kedua adalah harga yang diapungkan untuk kelompok 15 peratus isi rumah tertinggi.

Mengenai penentuan penilaian Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW),Rafizi memaklumkan ia turut mengambil kira anggaran kos yang lebih besar selain perbelanjaan asas seperti makanan,perumahan,tenaga dan sebagainya termasuk aktiviti kemasyarakatan.

Katanya,penetapan nilai ambang perbelanjaan isi rumah itu bertujuan memastikan rakyat dapat menikmati kehidupan bermaruah.

"Pelaksanaan penyasaran subsidi ini melibatkan dua bahagian utama. Pertama,penentuan golongan 85% yang layak berdasarkan kedudukan sosio-ekonomi isi rumah yang mengambil kira pendapatan bersih,tanggungan,dan kos sara hidup berdasarkan lokasi,


"Bahagian kedua melibatkan penyasaran subsidi di stesen minyak,menggunakan beberapa kaedah yang sedang dipertimbangkan contohnya seperti (penggunaan) kad pengenalan dan e-wallet," jelasnya.

Kaedah penentuan tingkat sosioekonomi tersebut seterusnya akan menentukan kelayakan isi rumah dalam menikmati subsidi bahan api RON95.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap