2024-11-08 HaiPress
Anthony Loke / Foto BERNAMA
PADANG JAWA,7 November- Lebih 26,000 orang berjaya memperoleh lesen memandu B2,PSV E-Hailing,PSV Bas,dan GDL Lori di bawah Program MyLesen tahun ini.
Menurut Menteri Pengangkutan,Anthony Loke,jumlah tersebut dijangka meningkat menjelang akhir tahun ini memandangkan masih terdapat peserta yang sedang menyelesaikan latihan dan ujian yang ditetapkan.
"Permintaan untuk program ini sangat tinggi. Seperti yang saya sebutkan tadi,lebih 100,000 permohonan diterima bagi tahun 2024,namun peruntukan hanya mencukupi untuk 35,000 orang.
"Sudah tentu,apabila ada permohonan,kita perlu menapis bagi memastikan mereka memenuhi syarat yang ditetapkan,” katanya dalam sidang media di Majlis Perasmian Penutup Program MyLesen di JPJ Selangor di sini.
Program MyLesen menyasarkan golongan belia B40,sekali gus membantu meningkatkan sosioekonomi rakyat.
Di peringkat negeri Selangor,sebanyak 2,645 penerima disasar dalam Program MyLesen,dan sehingga kini seramai 2,190 peserta program tersebut telah berjaya memiliki lesen B2,dan GDL Lori.
Dalam pada itu,Loke memaklumkan bahawa penggunaan soket elektrik dalam bas dilarang buat sementara waktu.
Jelas beliau,larangan sementara itu dibuat susulan insiden remaja yang maut akibat renjatan elektrik ketika mengecas telefon bimbit dalam bas ekspres baru-baru ini.
Kementerian berkenaan memberi tempoh 14 hari kepada pasukan petugas khas untuk menyediakan laporan lengkap mengenai insiden tersebut.
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20