2024-10-25 HaiPress
Foto hiasan
KUALA LUMPUR,25 Oktober- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM36.79 bilion dalam sistem konvensional dan RM17.38 bilion dalam dana Islam.
Hari ini,bank pusat akan menjalankan dua tender repo berbalik,terdiri daripada tender bernilai RM1.5 bilion untuk tujuh hari dan tender bernilai RM1.5 bilion untuk 31 hari serta tender repo berbalik Islam bernilai RM500 juta untuk tujuh hari.
Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM39.8 bilion dan RM17.9 bilion untuk tender semalaman Murabahah.- BERNAMA
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20