2024-10-25 HaiPress
Ketua Ahli Ekonomi Allianz Asia Tenggara,Ludovic Subran / Foto RTM
KUALA LUMPUR,24 Oktober – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.8 peratus pada tahun ini,didorong oleh keadaan ekonomi yang dinamik.
Ketua Ahli Ekonomi Allianz Asia Tenggara,Ludovic Subran berkata pertumbuhan tersebut akan dipacu oleh peningkatan dalam eksport serta permintaan dalam negeri yang kekal berdaya tahan.
Menurutnya,peralihan kepada tenaga lestari juga berpotensi memberikan nilai tambah kepada eksport Malaysia,seiring dengan permintaan global yang semakin meningkat.
"Malaysia boleh memanfaatkan kedudukannya yang strategik dengan memberi tumpuan kepada eksport bukan barangan seperti perkhidmatan. Ini termasuk penyumberan luar bagi produk bernilai tinggi melangkaui eksport pembuatan,seperti nasihat berkaitan cukai dan undang-undang.
"Bahasa Inggeris yang meluas di sini juga membolehkan Malaysia menjadi pusat panggilan bernilai tinggi bagi subrantau ini,” katanya pada program Unjuran Ekonomi Asia Pasifik 2024 di sini.
Subran turut mengunjurkan kadar inflasi Malaysia pada 2.3 peratus tahun ini,dengan kemungkinan meningkat kepada 2.9 peratus pada tahun 2025.
Beliau turut menyatakan bahawa ringgit berpotensi meningkat lebih tinggi menjelang pemilihan Presiden Amerika Syarikat yang akan datang.
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20