2024-09-14 berita.rtm.gov.myHaiPress
Foto AFP
BUENOS AIRES,14 September- Mogok oleh juruterbang dan kru yang menuntut kenaikan gaji di Argentina telah menyebabkan gangguan kepada lebih 30,000 penumpang pada Jumaat.
Mogok itu berlaku disebabkan kos sara hidup yang tinggi akibat inflasi dan ia mempengaruhi operasi penerbangan syarikat Aerolineas Argentinas kerana melibatkan kesatuan sekerja yang terlibat.
Jurutera Costa Rica,Alex Rodriguez,53,terkandas dalam perjalanan untuk melawat Air Terjun Iguazu; salah satu tarikan pelancongan utama di Amerika Selatan.
"Kami telah merancang percutian ini sejak tiga bulan lalu. Kami datang dari jauh,ia (kos) mahal dan kemudian semuanya gagal," katanya kepada AFP.
Mogok kali kedua oleh kru penerbangsan itu dilakukan ketika Presiden Javier Milei sedang bersiap sedia untuk menandatangani satu dekri yang akan mengisytiharkan sektor penerbangan sebagai perkhidmatan penting.
Sementara itu,Setiausaha Agung Persatuan Krew Penerbangan Argentina (AAA),Juan Pablo Brey,menyatakan bahawa kuasa beli kakitangan penerbangan menurun sebanyak 40 peratus sejak Javier Milei mula memegang jawatan sebagai Presiden,Disember lalu.
Terdahulu,Milei telah melaksanakan program penjimatan drastik dalam usaha untuk mengekang inflasi dan perbelanjaan berlebihan kerajaan yang berlarutan selama beberapa dekad.
Namun,inflasi tahunan masih berada pada kadar 236.7 peratus dan kelembapan ekonomi telah menjejaskan rakyat Argentina. - AFP
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20