Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Platform media sosial perlu ada moderator kandungan faham pelbagai bahasa

2024-09-07 berita.rtm.gov.myHaiPress

Timbalan Menteri Komunikasi,Teo Nie Ching pada Karnival Komunikasi 2024 di Hutan Bandar Putra,Kulai di sini hari ini.

KULAI,7 September- Kementerian Komunikasi menasihatkan setiap platform media sosial agar memiliki moderator kandungan (content moderator) yang boleh memahami pelbagai bahasa,terutama bahasa tempatan selain Bahasa Inggeris.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata ia bagi memudahkan urusan untuk memantau sesebuah kandungan yang dimuat naik oleh pengguna media sosial,yang ada kemungkinan melibatkan kandungan yang menyalahi undang-undang.

"Ini menunjukkan sangat penting untuk platform-platform mempunyai moderator yang fasih pelbagai bahasa tempatan kerana di Malaysia kita mempunyai banyak bahasa. Sangat susah kalau content moderator mereka bukan dari Malaysia atau tidak faham bahasa tempatan amat susah untuk mereka kenal pasti kebarangkalian jenayah yang akan berlaku di platform mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengguna media sosial yang memuat kandungan yang menyalahi undang-undang,seperti kandungan melibatkan wajah dan maklumat mengenai kanak-kanak.

Beliau turut menasihatkan kepada orang ramai untuk tidak sesuka hati memuat naik kandungan yang melibatkan orang lain terutamanya kanak-kanak kerana ia merupakan satu kesalahan dan boleh mendatangkan bahaya kepada mereka.

"Janganlah sesuka hati muat naik kandungan melibatkan orang lain terutamanya kanak-kanak kerana ia satu perbuatan yang tidak betul.

"Sebab itu kita selalu nasihatkan kepada semua pihak termasuk ibu bapa.. kita perlu berfikir dahulu apa yang kita muat naik - patut atau tidak,sebab dengan penggunaan kecerdasan buatan (AI) (boleh dibuat) deep fake,jadi kita kena lebih berhati-hati,"ujarnya.

Teo ditemui pemberita pada Karnival Komunikasi 2024 di Hutan Bandar Putra,Kulai di sini hari ini yang dihadiri kira-kira 3,000 pengunjung.

Program tersebut akan diteruskan ke lokasi seterusnya di Lembah Pantai,Kuala Lumpur serta Sarawak.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap