2024-08-20 berita.rtm.gov.myHaiPress
Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,20 Ogos-Akta sedia ada yang terkandung dalam Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) harus digunakan sebaiknya dalam membenteras kegiatan ulat arkitek.
Menteri Kerja Raya,Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjelaskan tindakan tatatertib atau denda akan turut dikenakan kepada arkitek yang berdaftar sekiranya melanggar akta tersebut.
Katanya,sebagai agensi di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR),LAM secara dasarnya mengawal selia profesion yang berdaftar di bawah Akta 117 bagi memastikan kepentingan dan keselamatan pihak awam terjaga.
"Rujuklah kepada peraturan-peraturan dalam LAM itu. LAM ini memang terdapat aktanya,Akta Arkitek 1967,Akta 117 dan akta di bawahnya.
"Selain itu,CIDB ataupun Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 mengawal selia kontraktor. Jadi apa-apa di bawah semua itu telah digunakan untuk menangani masalah berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Kerja Raya (KKR)dan pelancaran sambutan Bulan Kebangsaan peringkat KKR di sini.
Kegiatan ulat arkitek merupakan aktiviti haram oleh firma atau syarikat tidak berdaftar yang menawarkan khidmat seni bina dan reka bentuk dalaman didakwa wujud sejak sekian lama serta merosakkan industri.
Dalam pada itu,beliau turut memberitahu setakat 31 Julai,jumlah projek sakit yang sedang dalam perhatian Jabatan Kerja Raya (JKR) adalah sebanyak 31 daripada 788 keseluruhan projek.
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20