Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Malaysia ulangi sokongan gencatan senjata di Gaza

2024-08-20 berita.rtm.gov.myHaiPress

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR,20 Ogos- Malaysia mengulangi pendirian dengan terus menyokong beberapa usaha penting bagi merealisasikan gencatan senjata dan pendamaian berpanjangan di Gaza.

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika menghubungi Presiden Iran,Dr Masoud Pezeshkian dan Ahli Biro Politik Hamas,Dr Basem Naim,petang semalam.

Menerusi perkongsian di Facebook,Anwar berkata ini termasuk cadangan Turkiye untuk menghimpunkan pimpinan dunia Islam menerusi sidang tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Ia bagi menyelaras gerakan dan mengenakan tekanan lebih hebat terhadap Amerika Syarikat serta sekutunya,supaya mendesak Israel segera menghentikan serangan dan pengeboman di Gaza.

"Saya juga menyatakan sokongan penuh kerajaan Malaysia terhadap usaha tersebut yang sewajarnya dipelopori oleh negara-negara penting termasuk Turkiye,Qatar dan Iran.

"Alhamdulillah,kerajaan Iran dan Hamas senada dan menyokong inisiatif ini,termasuk cadangan menjemput negara bukan Islam yang turut mendukung keadilan dan memperjuangkan hak kemanusiaan buat rakyat Palestin seperti Afrika Selatan,Brazil,Sepanyol,Ireland dan Portugal.

"Pada masa sama,saya serta Dr Masoud dan Dr Basem berkongsi pendirian sama,di mana usaha mewujudkan perdamaian ini perlu bermula dengan rejim Israel menghentikan sepenuhnya serangan dan kekejaman terhadap rakyat Palestin," katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap