Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Azmawi santuni penduduk Nenggiri hari ini, tanda terima kasih

2024-08-18 berita.rtm.gov.myHaiPress

Foto RTM

GUA MUSANG,18 Ogos- Calon Barisan Nasional (BN),Mohamad Azmawi Fikri Abdul Ghani memulakan hari pertama sebagai ADUN Nenggiri hari ini dengan turun padang menyantuni penduduk setempat sebagai tanda terima kasih.

Seawal pukul 7.00 pagi,Mohd Azmawi Fikri atau mesra dipanggil Awi itu sudah berkunjung ke beberapa warung di Sungai Asap bagi bertemu masyarakat di kawasan itu.

Kehadiran Awie disambut baik penduduk kampung dan masing masing mengambil kesempatan untuk bergambar dan merakamkan ucapan tahniah kepada ADUN Nenggiri yang baharu itu.

"Bagi saya,selepas daripada semalam,sudah cukup kita bermain politik. Kini,masa untuk bekerja,masa untuk membantu rakyat. Sebab rakyat perlu kita."

"Cukup tempoh 14 hari kita berkempen,masa untuk saya beri yang terbaik untuk DUN Nenggiri," kata Azmawi kepada pemberita selepas menyantuni penduduk di sekitar Kg Sungai Asap,pagi tadi.

Sementara itu,rata-rata penduduk nenggiri yang ditemui menyatakan bahawa Azmawi antara tokoh yang diharapkan bakal membangunkan kawasan Nenggiri.

"Alhamdullilah,ini adalah buktinya. Hari ini jadi wakil rakyat,turun jumpa dengan masyarakat. Mula sibuk untuk bekerja pula," kata Sufian Omar.

"Tahniah kepada adik Awie sebab menang. Semoga kampung kita ini membangun dengan bagus,Alhamdullilah," luah Sanusi Ismail.

Terdahulu,Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani diumumkan menang secara rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri (DUN) Nenggiri,Kelantan pada Sabtu.

Beliau memperoleh 9,091 undi mengatasi calon Perikatan Nasional (PN),Mohd Rizwadi Ismail dengan majoriti 3,352 undi dalam pertembungan satu lawan satu.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap