2024-08-13 berita.rtm.gov.myHaiPress
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor,Ling Tian Soon
ISKANDAR PUTERI,12 Ogos - Projek pembinaan Hospital Pasir Gudang dijangka siap pada hujung tahun ini dengan kerja-kerja pembinaan itu mendahului 66 hari lebih awal berbanding jadual kerja asal.
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor,Ling Tian Soon berkata,hospital berkenaan akan mula beroperasi secara berperingkat menjelang Februari tahun hadapan.
"Mudah-mudahan hujung tahun ini kita sudah boleh selesai daripada segi pembinaan,mudah-mudahan hujung tahun ini lah,kalau hujung tahun ini selesai dapat serah kepada pihak Kementerian Kesihatan.
"Dan saya dimaklumkan mungkin dalam bukan Februari kita sudah boleh sebahagiannya untuk operasi hospital tersebut bererti kita akan beroperasi secara berperingkat," kata Tian Soon kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Trauma Life Support (MTLS),di sini.
Terdahulu,hospital berkenaan telah mencapai kemajuan 83.55 peratus dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada April tahun hadapan 13 Jun lalu.
Projek bernilai RM375.7 juta itu melibatkan enam skop kerja termasuk membina sebuah hospital bertaraf hospital pakar,kuarters kelas G dan asrama jururawat.
Dalam pada itu Tian Soon berkata,Johor masih berdepan isu kekurangan kakitangan kesihatan di seluruh fasiliti kesihatan termasuk paramedik.
Seramai 1,454 paramedik direkodkan di seluruh negeri berbanding 1,532 penjawatan yang perlu diisi.
"Oleh itu kita perlu beri petugas yang sedia bersaing,supaya mereka boleh buat lebih kerana kita berhadapan dengan kekurangan petugas," katanya lagi.
Dalam perkembangan lain kira-kira 30 panggilan kecemasan dan trauma diterima secara purata setiap hari hingga boleh mencecah 60 panggilan.
Sementara itu,87,370 kes kemalangan dicatatkan di Johor menjadikan ia negeri ketiga tertinggi bagi kes kemalangan dalam negara tahun lalu.
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20