Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

UM didik masyarakat lupus ubat cara selamat

2024-08-09 berita.rtm.gov.myHaiPress

Program“How to Safely Dispose of Your Expired or Unused Medicines?” diterajui Klinik Universiti Malaya menyediakan tong khas untuk lebihan ubat-ubatan atau yang telah tamat tempoh.

KUALA LUMPUR,9 Ogos- Ubat yang telah tamat tempoh atau tidak digunakan lagi boleh membawa risiko yang besar jika tidak dilupuskan dengan cara yang betul.

Pengarah Klinik Universiti Malaya,Dr. Zuraidah Mohamed berkata ubat yang telah tamat tempoh mungkin telah kehilangan keberkesanannya dan boleh mengundang bahaya sekiranya digunakan.

“Sebagai contoh,penggunaan ubat antibiotik yang sudah tamat tempoh boleh menyebabkan kegagalan rawatan dan seterusnya meningkatkan risiko perkembangan bakteria tahan antibiotik,” katanya.

Malah,beliau berkata sekiranya penyimpanan ubat ini tidak cermat,ia akan mengundang risiko keracunan.

“Berdasarkan statistik dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),dilaporkan terdapat 1,000 kes keracunan setiap tahun yang melibatkan kanak-kanak di bawah umur lima tahun akibat pengambilan ubat secara tidak sengaja. Ini terjadi apabila ubat tidak disimpan di tempat yang selamat," tambahnya.

Justeru Universiti Malaya mengambil inisiatif dengan melaksanakan Program“How to Safely Dispose of Your Expired or Unused Medicines?” yang diterajui Klinik Universiti Malaya.

Program ini memberikan pendidikan dan kesedaran kepada seluruh warga kampus dan juga komuniti setempat untuk menguruskan ubat-ubatan dengan lebih sistematik,sekali gus memberi impak positif kepada alam sekitar .

Lebihan ubat-ubatan atau yang telah tamat tempoh boleh dibawa ke Klinik Universiti Malaya dan seterusnya diletakkan di tong khas yang disediakan.

Antara jenis ubatan yang diterima ialah kapsul,cecair,krim,suntikan dan ubat titis.

Pensyarah Fakulti Farmasi dan juga ketua penyelidik Safe D.U.M.P,Dr. Lee Hong Gee berkata ubat-ubatan yang tidak dilupuskan dengan baik boleh meresap ke dalam tanah dan sumber air,seterusnya akan menyebabkan pencemaran dan membahayakan kehidupan akuatik serta ekosistem sekitar.

"Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menjalankan kajian ke atas beberapa sungai di Malaysia seperti di Sungai Klang,Sungai Penchala dan Sungai Langat,dan telah menemui kehadiran ubat-ubatan seperti paracetamol,ibuprofen dan diclofenac dalam sampel air sungai.

"Maka adalah amat penting bagi pesakit untuk menghabiskan ubat yang dipreskripsi oleh doktor serta menguruskan penyimpanan ubat dengan baik bagi mengelakkan menjadi punca pencemaran ini,” katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap