Rumah Maklumat kewangan Berita Melayu Teknologi SUV Masyarakat Permainan Bahagian fesyen Kekayaan Sukan Cerdas Hartanah Ibu bapa-anak Makanan Anak Kesihatan Hotel Hiburan Pendidikan

BNM pelawa pemilik bengkel kenderaan ke sesi taklimat umum 31 Julai ini

2024-07-25 berita.rtm.gov.myHaiPress

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,25 Julai- Bank Negara Malaysia; BNM mempelawa pemilik bengkel kenderaan ke sesi taklimat umum,berlangsung 31 Julai ini di Dewan Persidangan 1,Sasana Kijang.

Ia bagi membincangkan dan mengumpul maklum balas untuk penerbitan Kod Tatalaku Syarikat Insurans atau Pengendali Takaful (ITO) bersama Bengkel Pembaikan Kenderaan.

Menerusinya,piawaian minimum ditetapkan bagi menggalakkan kerjasama lebih berkesan antara kedua-dua pihak.

Seterusnya,meningkatkan keyakinan pengguna serta menyelesaikan sebarang pertikaian secara adil,bebas,telus dan tepat pada masanya.

Draf Kod akan diterbitkan selepas sesi taklimat umum,untuk memberi peluang kepada pihak berminat memberi maklum balas sebelum dimuktamadkan.

Maklumat lanjut,layari laman Facebook rasmi BNM.

FOTO BNM


FOTO BNM
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap