Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

48 penerima DUN Tanjung Datu terima geran MRP dan UNIFOR

2024-06-27 berita.rtm.gov.myHaiPress

Majlis Penyerahan geran MRP dan UNIFOR kepada 48 penerima di DUN Tanjong Datu

LUNDU,27 Jun: Sejumlah RM395,000 geran Projek Kecil Luar Bandar Sarawak (MRP) dan Unit Hal Ehwal Agama-Agama lain (UNIFOR) telah diagihkan kepada 48 penerima di kawasan Dewan Undangan Negeri,DUN Tanjong Datu.

Menurut kenyataan media pejabat DUN Tanjong Datu,46 penerima adalah dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO),Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menerima geran MRP,manakala dua penerima mendapat geran UNIFOR.

Majlis Penyerahan disempurnakan oleh ADUN Tanjong Datu,Azizul Annuar Adenan di Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak,CENTEXS semalam.

Dalam pada itu,Azizul memberitahu semua NGO,JKKK dan PIBG diseru untuk menghantar permohonan baharu sebelum Oktober tahun ini terutama kepada yang ingin mengadakan aktiviti pada hujung tahun.

Katanya,untuk setiap permohonan juga harus mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Pusat Khidmat N3 Tanjong Datu.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap