Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil susulan operasi BNM

2024-06-25 berita.rtm.gov.myHaiPress

Foto Fail

KUALA LUMPUR,25 Jun- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM41.90 bilion dalam sistem konvensional dan RM16.91 bilion dalam dana Islam.

Hari ini,BNM akan menjalankan satu tender repo berbalik bernilai RM2.5 bilion untuk 30 hari dan satu tender repo berbalik Islam (SBBA) bernilai RM800 juta bagi tempoh 30 hari.

Dalam pada itu,BNM mengumumkan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang,bank pusat akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM44.4 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM16.9 bilion.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap