2024-06-25 berita.rtm.gov.myHaiPress
Ketua Pengarah Penyiaran,Datuk Suhaimi Sulaiman
KUALA LUMPUR,25 Jun- Inisiatif "meremajakan" saluran Berita RTM telah berjaya menarik penonton khususnya golongan belia.
Menurut Ketua Pengarah Penyiaran,Datuk Suhaimi Sulaiman,kandungan berita bagi saluran RTM telah diubah suai menerusi pelbagai platform,bagi memenuhi citarasa pelbagai lapisan penonton.
"Ramai pada hari ini mendapatkan informasi dari media sosial. Jadi,kita gunakan media sosial seelok-eloknya. Contohnya,beberapa program kita ataupun berita yang pendek-pendek,kita siar di platform TikTok. Itu adalah satu cara untuk kita tarik mereka golongan muda."
"Kita kena lihat,kalau platform media sosial itu orangnya lebih muda,jadi kita olah berita kita lebih dekat dengan hati orang muda. Namun,format berita itu sama cuma cara kita menceritakan itu berbeza," kata Suhaimi kepada pemberita.
Datuk Suhaimi ditemui pemberita selepas beliau menjadi tetamu khas program Selamat Pagi Malaysia sempena Ulang Tahun
Keempat Saluran Berita RTM.
Tambahnya,menerusi pembaharuan dalam kandungan di RTM,pihaknya mendapat maklum balas positif daripada penonton sekali gus membantu meningkatkan imej dan kedudukan RTM sebagai badan penyiaran tertua di Malaysia.
"Pembaharuan yang kita bawakan dan pendekatan yang berbeza digemari oleh penonton. Ramai antara mereka selama ini,tidak pernah menonton RTM. Jadi,apa yang kita buat adalah mempromosikan RTM di pelbagai platform."
"Apabila mereka mula menonton RTM,mereka tidak akan berganjak. Maklum balas yang saya terima,mereka kata "Saya tak pernah pun layan RTM ini. Jadi,bila saya tengok saya suka." Itu adalah salah satu maklum balas yang sangat berharga pada kita," jelas Suhaimi.
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20