2024-06-21 berita.rtm.gov.myHaiPress
Foto Facebook Istana Negara
KUALA LUMPUR,20 Jun-Nombor pendaftaran kenderaan “FFF 1” menjadi milik Yang di-Pertuan Agong,Sultan Ibrahim dengan bidaan RM1.75 juta
Menteri Pengangkutan,Anthony Loke Siew Fook menyampaikan nombor pendaftaran itu kepada Sultan Ibrahim di Istana Negara.
Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar,Yang di-Pertuan Agong menzahirkan harapan agar hasil bidaan yang disalurkan kepada kerajaan Persekutuan itu akan digunakan untuk membantu rakyat.
Sementara itu,Anthony Loke menghargai sumbangan yang disalurkan Tuanku dan keprihatinan Baginda terhadap kebajikan rakyat.
Menurutnya,dana tersebut akan digunakan untuk beberapa inisiatif di bawah Kementeriannya seperti bantuan tambang penerbangan untuk siswa (FLYSISWA) antara Semenanjung,Sabah dan Sarawak.
Selain program Mylesen untuk golongan B40 dan penukaran topi keledar baru untuk penunggang motosikal
12-27
12-27
12-27
12-27
12-27
12-27
12-27
12-27
12-27
12-27