2024-06-18 berita.rtm.gov.myHaiPress
FOTO JBPM Saratok
SARATOK,18 Jun- Seorang lelaki warga emas maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Saratok-Roban awal pagi tadi.
Laporan Pusat Gerakan Operasi,PGO Bomba Sarawak menyatakan,kemalangan membabitkan sebuah kereta dan kenderaan pacuan empat roda.
Pemandu kereta yang dikenali sebagai Mathew Solis George Tangkun,72 tahun,disahkan maut di tempat kejadian.
"Pemandu kereta terbaring di luar kenderaan tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri. Mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadiaan oleh pihak KKM.
"Manakala,pemandu dan penumpang kenderaan pacuan empat roda tidak mengalami kecederaan,"menurut kenyataan tersebut.
PGO menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.22 pagi dan menggerakan tujuh anggota dengan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Saratok.
Setibanya di lokasi kejadian,pasukan itu bertindak mengalih mangsa menggunakan 'Scoop Stretcher' dan diserah kepada pihak polis Saratok untuk tindakan selanjutnya.
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20