Rumah Maklumat kewangan Berita Melayu Teknologi SUV Masyarakat Permainan Bahagian fesyen Kekayaan Sukan Cerdas Hartanah Ibu bapa-anak Makanan Anak Kesihatan Hotel Hiburan Pendidikan

KESUMA ambil alih pengurusan OSC pekerja asing

2026-07-06 HaiPress

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R Ramanan bercakap pada Sidang Media Khas di Wisma HRD Corp/Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,6 Julai – Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) mengambil alih sepenuhnya pengurusan Pusat Sehenti Pengurusan Pekerja Asing (OSC) berkuat kuasa serta-merta susulan keputusan Jemaah Menteri pada 1 Julai lalu.

RINGKASAN BERITA AI

Menurut beliau,saringan dokumen turut dijalankan secara dalam talian bagi meningkatkan ketelusan,mengurangkan tempoh pemprosesan serta menghapuskan kebergantungan kepada urusan fizikal di kaunter.

“Saringan dokumen yang lebih telus kini dilaksanakan secara dalam talian. Langkah ini mengurangkan urusan di kaunter,memendekkan tempoh pemprosesan dan menghapuskan keperluan mendapatkan nombor giliran.

“Majikan hanya perlu mengemukakan permohonan melalui sistem dalam talian yang disediakan,” katanya.

Menurut beliau,permohonan kuota kini dibuka kepada 15 negara sumber yang dibenarkan,iaitu Bangladesh,India,Nepal,Myanmar,Pakistan,Vietnam,Kemboja,Thailand,Indonesia,Filipina,Sri Lanka dan Laos,selain tiga negara yang tidak aktif iaitu Uzbekistan,Kazakhstan dan Turkmenistan.

Sehingga kini,sebanyak 22,476 permohonan melibatkan 548 syarikat telah diterima,dengan setiap permohonan akan melalui semakan agensi berkaitan sebelum dipertimbangkan oleh OSC.

Beliau berkata,KESUMA juga akan mengadakan sesi libat urus bersama semua pihak berkepentingan,termasuk Kementerian Dalam Negeri (KDN),dalam masa terdekat bagi menyelaras aspek logistik susulan pengambilalihan pengurusan OSC.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap