2026-07-02 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,2 Julai – Pemusatan ASEAN mesti kekal sebagai asas utama dasar luar Malaysia bagi menjamin keamanan dan kestabilan serantau.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab pada Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik (APR) ke-39 di ibu negara,hari ini.
Dalam pada itu,Datuk Seri Anwar berkata prinsip itu juga perlu terus kekal sebagai teras dalam mendepani pelbagai cabaran global.
“Beberapa cabaran muncul secara tidak dijangka. Contohnya,gempa bumi dahsyat di Myanmar yang sedang bergelut dengan perang saudara,pertempuran sempadan antara Kemboja dan Thailand,serta tarif unilateral,tidak adil dan pada asasnya cacat yang dikenakan oleh Amerika Syarikat,” katanya lagi.
Mengulas mengenai Myanmar,katanya,pemimpin ASEAN telah membincangkan sama ada usaha ke arah Myanmar boleh dibuat dengan lebih proaktif dan menyeluruh dalam satu mesyuarat baru-baru ini di Cebu.
“ASEAN perlu terus melibatkan semua pihak di Myanmar,pihak berkuasa di Naypyidaw,parti politik pembangkang,kumpulan bersenjata etnik serta pertubuhan bukan kerajaan tempatan.
“Tidak dapat dinafikan bahawa sebarang penyelesaian politik akhirnya mesti merupakan proses milik Myanmar dan diterajui oleh Myanmar sendiri,bukan ditentukan oleh pihak luar,” katanya lagi.
Tambah beliau,proses berkenaan menuntut peranan sentraliti ASEAN dalam memperteguh usaha bersama rantau ini.
Mengenai situasi Thailand–Kemboja,Perdana Menteri Thailand,Anutin Charnvirakul dan Perdana Menteri Kemboja,Hun Manet kekal komited ke arah mencapai keamanan yang berkekalan.
“Kita perlu menangani isu dengan jelas dan tegas,secara berdepan jika perlu dan secara berhati-hati apabila wajar sambil mengekalkan perpaduan dalam kalangan negara anggota ASEAN serta bekerjasama dengan rakan dialog yang sehaluan,” katanya.
07-02
07-02
07-02
07-02
07-02
07-02
07-02
07-02
07-02
07-02