Rumah Maklumat kewangan Berita Melayu Teknologi SUV Masyarakat Permainan Bahagian fesyen Kekayaan Sukan Cerdas Hartanah Ibu bapa-anak Makanan Anak Kesihatan Hotel Hiburan Pendidikan

TVET kekal agenda nasional pacu pembangunan bakat, ekonomi negara

2026-06-04 HaiPress

Foto Facebook Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR,4 Jun – Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terus diperkukuh sebagai agenda nasional bagi melahirkan modal insan berkemahiran tinggi yang mampu memenuhi keperluan industri serta memacu pertumbuhan ekonomi negara.

RINGKASAN BERITA AI

“Mesyuarat turut memberi perhatian kepada isu pembangunan bakat dalam sektor agromakanan susulan cabaran yang dikenal pasti dalam bidang TVET Pertanian,termasuk aspek kebolehpasaran graduan,pekerjaan berkemahiran tinggi serta ketidakpadanan pekerjaan dalam kalangan graduan kemahiran.

“Dapatan daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menunjukkan keperluan untuk memperkukuh pembangunan bakat bagi meningkatkan produktiviti,inovasi dan daya saing sektor berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara turut mencadangkan perkara tersebut dibawa ke perhatian Jemaah Menteri menerusi penyediaan Memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan keputusan dasar dipertimbangkan kerajaan.

Selain itu,mesyuarat turut mengambil maklum Pelan Pelaksanaan TVET Pembinaan CIDB Malaysia 2026-2030 yang dirangka bagi memperkukuh peranan CIDB sebagai peneraju TVET Pembinaan negara.

Beliau berkata,pelan itu memberi fokus kepada transformasi ekosistem latihan pembinaan melalui pengukuhan tadbir urus,pemacuan transformasi digital,pemantapan laluan kerjaya serta pengukuhan kerjasama strategik bersama industri.

“Melalui pelaksanaan pelan ini,sektor pembinaan akan diperkasa dengan pembangunan tenaga kerja yang lebih kompeten,berkemahiran tinggi dan bersedia menghadapi perubahan teknologi termasuk pendigitalan,automasi dan inovasi dalam industri pembinaan.

“Inisiatif ini juga menyokong keperluan industri terhadap tenaga kerja mahir tempatan serta memperkukuh daya saing sektor pembinaan negara di peringkat serantau dan global,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan,beliau berkata mesyuarat turut mengambil maklum persediaan Sambutan Hari TVET Negara 2026 yang akan berlangsung pada 5 hingga 7 Jun ini di Dataran Putrajaya dengan tema “TVET Pilihan Utama Kerjaya”.

Program itu,dijangka menghimpunkan lebih 500,000 pengunjung menerusi pelbagai program termasuk pameran TVET dan industri,karnival kerjaya,seminar antarabangsa,pertandingan kemahiran serta forum industri.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap