2026-05-25 HaiPress

Foto BERNAMA
PUTRAJAYA,25 Mei– Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bersetuju supaya rantaian logistik sektor agrikomoditi diperkukuhkan menerusi kerjasama antara Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
RINGKASAN BERITA AI
−
Akmal turut memaklumkan MTEN mengambil maklum tekanan yang sedang dihadapi industri agrikomoditi susulan peningkatan kos operasi dan gangguan rantaian bekalan global.
Jelasnya,antara isu utama yang dibangkitkan pemain industri menerusi sesi libat urus bersama KPK ialah lonjakan kos penghantaran ke Asia Barat antara 50 hingga 80 peratus selain peningkatan kos pengilangan sehinggan 30 peratus,antaranya melibatkan kos pengeluaran oleokimia sawit.
Sehubungan itu,bagi melindungi pendapatan pekebun kecil dan mengurangkan tekanan terhadap industri,beberapa langkah mitigasi secara berperingkat akan dilaksana.
Ini termasuk pemantauan kos operasi loji dan kos berkaitan bagi mengoptimumkan pengeluaran dan penyaluran bantuan tunai bersasar menerusi inisiatif BUDI Agri-Komoditi untuk meringankan beban kos input.
Selain itu,penyelarasan input pertanian akan dilaksana melalui pembelian pukal baja dan racun melalui agensi pusat bagi mendapatkan harga lebih rendah untuk petani.
05-22
05-21
05-21
05-21
05-21
05-21
05-21
05-21
05-21
05-21