2026-05-20 HaiPress

Foto FB KKM
GENEVA,20 Mei – Malaysia melakar dua pencapaian penting dalam usaha memperkukuh agenda penyakit jarang jumpa di rantau ASEAN.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Di sebalik statistik tersebut terdapat pesakit dan keluarga yang masih menanti diagnosis tepat,akses rawatan serta pembelaan sewajarnya,” jelas beliau dalam kenyataan Malaysia pada WHA79.
Datuk Seri Dr Dzulkefly kini berada di Geneva bagi menghadiri perhimpunan itu yang berlangsung dari 18 hingga 23 Mei.
Beliau menegaskan deklarasi tersebut bukan sekadar dokumen dasar,sebaliknya mencerminkan komitmen moral negara-negara ASEAN untuk memastikan tiada pesakit tercicir hanya kerana penyakit dihidapi jarang ditemui,rumit atau memerlukan kos rawatan tinggi.
“Cabaran penyakit jarang jumpa tidak mampu dipikul secara bersendirian oleh mana-mana negara,justeru semangat solidariti ASEAN amat diperlukan bagi memperkukuh sistem kesihatan serantau,” jelasnya.
Malaysia terus komited memperkasa bidang perubatan jitu,inovasi genomik,saringan awal bayi serta akses rawatan yang lebih adil dan saksama sebagai sebahagian agenda reformasi kesihatan negara.
“Kerjasama serantau itu mampu diterjemahkan kepada tindakan lebih konkrit demi memastikan pesakit penyakit jarang jumpa mendapat diagnosis lebih awal,rawatan terbaik dan sokongan menyeluruh untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik,” katanya.
05-20
05-20
05-20
05-20
05-20
05-20
05-20
05-20
05-20
05-20