2026-04-12 HaiPress

FOTO REUTERS
BEIRUT,13 April – Kementerian Kesihatan Lubnan memaklumkan seramai 2,020 orang terbunuh manakala 6,436 lagi cedera sejak konflik terbaharu dengan Israel semakin memuncak.
RINGKASAN BERITA AI
−
Sementara itu,Hezbollah dalam kenyataannya mendakwa operasi ketenteraan di selatan Lebanon masih diteruskan,termasuk menyerang kereta kebal dan anggota tentera Israel.
Kumpulan itu turut menyasarkan infrastruktur ketenteraan,anggota serta kenderaan Israel di utara negara tersebut.
Ketegangan terbaharu tercetus selepas Hezbollah melancarkan serangan roket dari selatan Lunan ke arah Israel pada 2 Mac lalu,yang pertama sejak gencatan senjata pada 27 November 2024,sekali gus mendorong Israel memperluaskan kempen ketenteraannya di seluruh Lebanon.
Sejak itu,beberapa kawasan di Lebanon terus dibedil dengan serangan berterusan,malah pertempuran kini merebak ke luar kawasan sempadan.
Dalam masa sama,Iran dan Amerika Syarikat sebelum ini bersetuju melaksanakan gencatan senjata pada Rabu lalu. Bagaimanapun,Israel menyatakan ia akan mematuhi perjanjian itu tetapi menegaskan ia tidak terpakai ke atas Leubnan,pendirian yang ditolak oleh Iran serta pengantara,Pakistan.
Perdana Menteri Israel,Benjamin Netanyahu berkata pelucutan senjata Hezbollah merupakan syarat utama bagi sebarang perjanjian gencatan senjata dengan Lebanon.
Menerusi kenyataan video,beliau memaklumkan Lebanon telah beberapa kali menghubungi Israel sepanjang bulan lalu bagi memulakan rundingan langsung susulan tindakan ketenteraan Israel.
“Saya meluluskan perkara itu dengan dua syarat: pelucutan senjata Hezbollah mesti dilaksanakan dan perjanjian damai sebenar yang mampu bertahan untuk generasi akan datang perlu dicapai,” katanya.-REUTERS
04-12
04-12
04-12
04-12
04-12
04-12
04-12
04-12
04-12
04-12