Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

WHO puji usaha Malaysia perkukuh peranan kesihatan global

2026-04-01 HaiPress

Penghargaan itu dizahirkan Ketua Pengarah WHO,Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus semasa lawatan rasmi ke Malaysia

PUTRAJAYA,1 April – Komitmen dan penglibatan aktif Malaysia dalam isu kesihatan antarabangsa,serta peranan konstruktif dalam memperkukuh kerjasama global berteraskan solidariti mendapat penghargaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

RINGKASAN BERITA AI

“Usaha ini memastikan Malaysia lebih pantas mengesan dan bertindak balas terhadap sebarang krisis kesihatan masa hadapan,sekali gus meminimumkan gangguan kepada aktiviti ekonomi dan kelangsungan sosial rakyat,” menurut kenyataan berkenaan.

Sementara itu,Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan penglibatan aktif Malaysia pada peringkat WHO adalah bagi memastikan suara rakyat negara ini terus diberi perhatian dalam landskap kesihatan global.

Menurut beliau,Malaysia kekal komited untuk terus bekerjasama dengan WHO bagi memastikan sistem kesihatan negara sentiasa berada pada tahap tertinggi,inklusif dan bersedia mendepani sebarang cabaran kesihatan global demi kesejahteraan rakyat.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap