2026-03-24 HaiPress

Seorang ibu dan dua anak maut selepas SUV terbabas di Jalan Jerangau-Jabor,Dungun.
DUNGUN,24 Mac – Seorang ibu dan dua anaknya maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Jerangau,Dungun,Terengganu petang semalam.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau berkata setibanya di lokasi kejadian,SUV itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh paip air serta tiang elektrik di sebelah kanan jalan.
Akibat kemalangan itu,Nurul Hafizah dan Muhammad Redzuan Arash meninggal dunia di lokasi kejadian,manakala Nur Radya Athalia meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Jerangau.
Kesemua mangsa yang maut dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah,Kuala Terengganu untuk bedah siasat.
Dua mangsa yang cedera pula dirujuk ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
03-24
03-24
03-24
03-24
03-24
03-24
03-24
03-24
03-24
03-24