2026-03-23 HaiPress

Foto fail/ RTM
KUALA LUMPUR,23 Mac – Penggunaan teknologi meter pintar dan aplikasi kecerdasan buatan (AI) berpotensi besar mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW) atau kehilangan air terawat pada masa hadapan.
RINGKASAN BERITA AI
−
NRW kekal tinggi di beberapa negeri di mana dari tahun 2017 hingga 2024,Perlis mencatat kehilangan tertinggi,melebihi 60 peratus secara konsisten. Pada 2024,Kelantan dan Kedah melebihi 50 peratus,manakala Pahang dan Terengganu melebihi 40 peratus.
Kerajaan bagaimana pun sedang menggandakan usaha bagi menaik taraf sistem,memperkukuh pemantauan dan mengurangkan kadar NRW demi memastikan setiap titisan air sampai kepada rakyat.
Dr. Umi Hamidaton berkata,penambahbaikan infrastruktur,termasuk penggantian paip usang,memerlukan kos yang tinggi serta perancangan jangka panjang dan pelaksanaan inisiatif di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) serta Pelan Hala Tuju Transformasi Air 2040 dilihat penting bagi memastikan pengurusan air negara menjadi lebih mampan.
Namun,sasaran untuk mencapai NRW sifar adalah sukar direalisasikan dalam konteks operasi sebenar kerana faktor teknikal dan kekangan infrastruktur yang berada di luar kawalan sepenuhnya.
Secara teori,NRW sifar mungkin boleh dicapai,tetapi dari segi praktikal,setiap sistem bekalan air pasti berdepan dengan kehilangan tertentu,matlamat lebih realistik adalah mencapai tahap optimum dan mengurangkan kehilangan secara berterusan.
03-23
03-23
03-23
03-23
03-23
03-23
03-23
03-23
03-23
03-23