2026-03-20 HaiPress

Foto hiasan
KOTA BHARU,20 Mac – Keputusan kerajaan melalui Lembaga Tabung Haji (TH) mengekalkan kos menunaikan haji bagi musim 1447H/2026M pada kadar RM33,300 bagi jemaah Muassasah menerima reaksi positif dalam kalangan rakyat Kelantan.
RINGKASAN BERITA AI
−
Seorang penduduk,Mahadi Ghazi berkata,pengekalan kos tersebut amat melegakan dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu.
“Alhamdulillah terima kasih kepada kerajaan MADANI kerana mengekalkan kos penerbangan Haji sebanyak RM33,000 walaupun pada masa sekarang kita dibebani dengan perang antara negara-negara luar yang menyebabkan kos bahan mentah seperti minyak dan sebagainya meningkat,tetapi kita dapat mengekalkan kos penerbangan haji ke Mekah”,katanya.
Sementara itu,Mohd Suhaimi Yusof turut menyifatkan langkah itu sebagai peluang besar kepada umat Islam yang masih belum menunaikan haji.
“Alhamdulilah kos haji walaupun dikatakan kos ini naik tapi kerajaan masih mengekalkan dengan kos RM33,000 dan alhamdulillah ini memberi peluang kepada yang masih belum pergi haji lagi dapat menunaikan fardhu haji. Terima kasih kepada PMX kerana menangani masalah ini”,katanya.
Keputusan tersebut sekali lagi menegaskan komitmen kerajaan dalam memastikan kebajikan jemaah haji terus terpelihara,selain memastikan ibadah itu kekal mampu dilaksanakan oleh rakyat Malaysia.
03-20
03-20
03-20
03-20
03-20
03-20
03-20
03-20
03-20
03-20