Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Nanta rakam penghargaan, komited galas tugas terajui KUSKOP

2025-12-02 HaiPress

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

KUALA LUMPUR,2 Disember-Datuk Seri Alexander Nanta Linggi merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri atas kepercayaan menugaskan beliau menjalankan fungsi Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) berkuat kuasa esok.

Beliau berkata,amanah itu akan digalas dengan penuh komitmen bagi memastikan operasi dan dasar kementerian berjalan lancar.


"Di samping menjalankan tugas sebagai Menteri Kerja Raya,pelantikan ini akan saya galas dengan penuh komitmen bagi memastikan kesinambungan operasi serta kelancaran fungsi KUSKOP," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Datuk Seri Alexander turut menzahirkan penghargaan kepada Datuk Ewon Benedick atas sumbangan beliau ketika menerajui KUSKOP sebelum ini.

“Saya menghargai segala sumbangan Datuk Ewon.

Dasar yang sedang dilaksanakan akan diteruskan demi manfaat usahawan,perusahaan kecil dan sederhana (PKS),koperasi dan rakyat,” ujarnya.

Beliau berkata,pihaknya akan bekerjasama rapat dengan semua agensi,rakan industri dan pemegang taruh bagi memastikan pentadbiran KUSKOP kekal teratur sepanjang tempoh beliau menjalankan tugas.

Terdahulu,Perdana Menteri mengumumkan Datuk Seri Alexander diberi tanggungjawab menjalankan tugas dan fungsi KUSKOP susulan kekosongan jawatan berkenaan.

Ketua Setiausaha Negara,Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar,yang juga Setiausaha Jemaah Menteri berkata,keputusan itu dimaklumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat pada Jumaat lepas.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap