Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan disebalik cabaran global

2025-11-28 HaiPress

Gabenor Bank Negara Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour/ BERNAMA

KUALA LUMPUR,26 November – Malaysia kekal berdaya tahan meskipun berdepan cabaran ekonomi,ketegangan geopolitik,krisis iklim dan perubahan dunia.

Gabenor Bank Negara,Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata walaupun persekitaran global semakin mencabar,asas ekonomi negara yang kukuh serta pelaksanaan dasar berterusan kerajaan terus menyokong momentum pertumbuhan dan keyakinan pelabur.

"Meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran,ekonomi Malaysia mencatatkan kadar pertumbuhan kukuh sebanyak 5.2 peratus pada suku ketiga tahun ini.

"Prospek pertumbuhan negara kekal positif,didorong oleh permintaan dalam negeri yang berdaya tahan. Aktiviti ekonomi dalam negara terus disokong oleh perbelanjaan isi rumah yang menggalakkan,aktiviti pelaburan yang stabil serta permodalan sektor perbankan yang kukuh",katanya.

Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berucap pada Majlis Peringkat Akhir Pertandingan Pidato Piala Gabenor Bank Negara Malaysia 2025,di ibu negara.

Tegasnya,kedudukan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 membuka peluang besar untuk negara menerajui agenda integrasi serantau serta memperkukuh kestabilan ekonomi blok tersebut.

Dalam masa sama,beliau menekankan kepentingan mempertahan identiti negara melalui pengukuhan bahasa kebangsaan.

Garis Panduan Ketelusan dan Penzahiran Produk mewajibkan institusi kewangan mengutamakan Bahasa Melayu agar pengguna dapat membuat keputusan kewangan dengan jelas dan yakin.

Tambahnya,BNM bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) turut melaksanakan inisiatif seperti Sistem Penarafan Bintang dan Pertandingan Pidato Piala Gabenor bagi meningkatkan mutu penggunaan Bahasa Melayu dalam sektor kewangan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap