2025-11-03 HaiPress

Foto Fail
KUALA NERANG,3 November- Program Jualan Kasih KEDA MADANI anjuran Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) terus mendapat sambutan menggalakkan apabila merekodkan nilai jualan keseluruhan sebanyak RM524,000 sejak mula dilaksanakan.
Jumlah itu melibatkan pelaksanaan program di enam lokasi iaitu Yan,Sik,Jitra,Baling,Kulim dan Padang Terap.
Pengerusi KEDA,Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata program tersebut turut memberikan penjimatan sebanyak RM174,000 kepada lebih 16,000 pengguna yang memanfaatkan harga barangan keperluan pada kadar lebih rendah.
Hasil jualan yang dicapai membuktikan bahawa Jualan Kasih KEDA MADANI semakin dikenali ramai dan benar-benar membantu meringankan beban keluarga.
Beliau berkata KEDA sentiasa komited menyokong usaha Kerajaan dalam mengurangkan beban kos sara hidup rakyat melalui program yang mampu memberi manfaat secara langsung kepada komuniti.
"Alhamdulillah,kerana jualan ini mempunyai sedikit kelainan. Dalam Jualan Kasih KEDA dan juga FAMA ini,terdapat barang-barang basah seperti ikan,daging,ayam,dan sayur. Ini memberi pengguna lebih banyak pilihan untuk membeli. Anggaran diskaun yang ditawarkan adalah lebih kurang 30 peratus," kata Datuk Seri Mahdzir kepada pemberita,hari ini.
Beliau bercakap kepada pemberita sempena Program Jualan Kasih KEDA MADANI Daerah Padang Terap di Pejabat KEDA Zon 2,Padang Terap,di sini.
Turut hadir,Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KEDA,Khairul Azmeer Abu Bakar.
Jelas Datuk Seri Mahdzir,KEDA turut berhasrat untuk meneruskan penganjuran Jualan Kasih KEDA MADANI di daerah-daerah lain bagi memastikan lebih ramai penduduk mendapat akses kepada barangan keperluan pada harga berpatutan.
11-03
11-03
11-03
11-03
11-03
11-03
11-03
11-03
11-03
11-03