Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Kerajaan komited teruskan projek pembangunan, rangsang ekonomi

2025-11-03 HaiPress

Timbalan Menteri Kewangan,Lim Hui Ying/RTM

KUALA LUMPUR,3 November -Kerajaan komited untuk terus mengawal perbelanjaan tidak produktif serta memperkukuh disiplin fiskal melalui pelaksanaan subsidi bersasar,bagi memastikan manfaat tersebut sampai kepada golongan yang benar-benar layak.

Timbalan Menteri Kewangan,Lim Hui Ying berkata,projek pembangunan tetap perlu diteruskan bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi dan memenuhi keperluan rakyat.

Katanya,subsidi pukal sedang digantikan kepada subsidi bersasar untuk mengelakkan ketirisan terutama daripada aktiviti penyeludupan serta memastikan peruntukan dimanfaatkan secara optimum.

"Melalui Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 atau Akta 850,kerajaan mengamalkan perbelanjaan secara berhemat dan berdisiplin,mengambil kira ketetapan akta ini untuk mencapai sasaran difisit fiskal tidak melebihi 3% kepada keluaran dalam negeri kasa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),paras hutang kepada KDNK tidak melebihi 60%,jaminan kerajaan kepada KDNK tidak melebihi 25%,(dan perbelanjaan pembangunan tahunan sekurang-kurangnya 3% daripada KDNK,"katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kapar Dr. Hajah Halimah Ali,yang meminta penjelasan mengenai usaha kerajaan mengawal perbelanjaan tidak produktif serta menilai semula projek mega yang membebankan fiskal negara.

Menurut Lim,kerajaan telah melaksanakan penyasaran semula subsidi seperti penyasaran subsidi elektrik,penyasaran subsidi diesel dan penyasaran subsidi RON95.

"Melalui penyasaran subsidi elektrik dan penstrukturan tarif elektrik,85% rakyat masih kekal menikmati subsidi elektrik yang melibatkan pengguna elektrik kurang 600 kilowatt sejam dan


ada yang 600 kilowatt jam dan ada yang menikmati penurunan bil. Melalui penyasaran subsidi diesel bawah budi my subsidi diesel pula,kerajaan telah meluruskan kemudahan penggunaan free card kepada 121,618 buah syarikat yang melibatkan 355,074 buah kenderaan. Ini masih membolehkan kenderaan tersebut mendapatkan bekalan diesel pada harga subsidi iaitu RM2.15 seliter," katanya.

Lebih 16 juta rakyat,termasuk lebih 17,900 nelayan serta pemilik bot persendirian yang layak di Sabah dan Sarawak,kini menerima manfaat BUDI MADANI RON95 (BUDI95).

Lim menegaskan langkah itu,memastikan kos logistik tidak meningkat mendadak dan harga barangan keperluan kekal berpatutan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap