2025-10-31 HaiPress

Foto RTM
KUALA LUMPUR,31 Oktober - Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) perlu berkembang seiring dengan peredaran masa dan ancaman terkini yang merentasi sempadan dan dimensi.
Justeru,Menteri Pertahanan,Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata,ADMM perlu memperkasakan penggunaan teknologi,memperluas kolaborasi keselamatan siber serta menggalakkan inovasi bersama dalam memperkukuh pertahanan serantau.
"Ancaman yang menguji rangkaian dan sistem kita mungkin tidak kelihatan,namun bahayanya setanding dengan ancaman yang dihadapi di kawasan maritim kita sama ada di darat,laut,atau di ruang siber,kita tidak lagi mampu mengabaikan mana-mana aspek keselamatan",katanya dalam ucapan pembukaan ADMM ke-19 di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur,di sini hari ini.
Tambah beliau,ancaman keselamatan kini bukan sahaja melibatkan wilayah maritim seperti di Laut China Selatan,tetapi juga ruang digital yang semakin terdedah kepada risiko serangan siber.
"Kumpulan bukan kerajaan yang berpengaruh kini menggunakan teknologi sebagai senjata untuk menggugat masyarakat,menggulingkan kerajaan dan menjejaskan infrastruktur kritikal melalui serangan siber,penyebaran maklumat palsu serta manipulasi digital",tambahnya.
Katanya lagi,ASEAN melalui ADMM harus kekal sebagai peneraju utama dalam memastikan keselamatan dan kestabilan rantau ini terus terpelihara.
Mesyuarat ADMM ke-19 dan Mesyuarat ADMM-Plus ke-12 berlangsung bermula hari ini hingga 2 November,dengan penyertaan lapan buah negara rakan dialog Plus iaitu Amerika Syarikat,Rusia,Australia,China,India,Jepun,Korea Selatan dan New Zealand.
10-31
10-31
10-31
10-31
10-31
10-31
10-31
10-31
10-31
10-31