2025-10-31 HaiPress

Ismanira Abdul Manaf dan suami hadir ke Mahkamah Sesyen bagi mendengar keputusan kes yang disabitkan terhadapnya pagi tadi/Foto Bernama
KUALA LUMPUR,31 Oktober - Ismanira Abdul Manaf,30 didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mengabaikan anak lelakinya,Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin,sehingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadap kanak-kanak autistik berusia enam tahun itu,dua tahun lalu.
Hakim Dr Syahliza Warnoh memutuskan demikian pada 9.45 pagi,selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan pada akhir kes pembelaan pagi tadi.
Sepanjang prosiding,seramai 28 saksi pendakwaan dan lima saksi pembelaan telah dipanggil memberi keterangan,termasuk ibu tertuduh sendiri sebagai saksi utama pembelaan.
Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya,jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin,Aqharie Durranie Aziz dan Nur Sabrina Zubairi,manakala peguam Haresh Mahadevan,Ramzani Idris dan Lavanesh Haresh mewakili Ismanira.
Zayn Rayyan,6,dilaporkan hilang pada 5 Disember 2023 dan mayatnya ditemukan keesokannya di aliran anak sungai berhampiran rumahnya.
Berita penuh menyusul
10-31
10-31
10-31
10-31
10-31
10-31
10-31
10-31
10-31
10-31