Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

ASEAN-Korea mampu pacu pertumbuhan inklusif

2025-10-27 HaiPress

Datuk Seri Anwar berjabat tangan dengan Presiden Korea Selatan,Lee Jae Myung /Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR,27 Oktober - ASEAN dan Korea Selatan berpotensi membentuk satu ekosistem yang memacu peluang baharu,memupuk pertumbuhan inklusif serta memperkukuh pasaran terbuka.

Ini boleh direalisasi melalui gabungan potensi pertumbuhan ASEAN dan kekuatan ekonomi Korea.

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hubungan antara blok serantau ini dan republik itu yang terjalin selama lebih tiga dekad dibina berasaskan kepercayaan yang membawa manfaat kepada kedua-dua pihak.

"Meskipun berdepan gangguan teknologi,persaingan strategik,rantaian bekalan yang terpecah-pecah,ASEAN dan Korea menonjol sebagai negara yang menunjukkan kemajuan boleh dan perlu diperkukuh melalui kerjasama dan kolaborasi," katanya pada ucapan pembukaan Sidang Kemuncak ASEAN-Korea ke-26 di ibu negara.

Menurutnya,nilai perdagangan antara ASEAN dan Korea pada 2024 melebihi AS$200 bilion,mencerminkan kekuatan serta daya tahan hubungan ekonomi antara kedua-dua pihak.

“Dengan menggabungkan potensi pertumbuhan ASEAN dan kekuatan Korea,kita boleh membentuk ekosistem yang mewujudkan peluang baharu,sekali gus memupuk pertumbuhan inklusif,pasaran terbuka dan rantaian bekalan yang stabil,” katanya

Sidang kemuncak itu dipengerusikan bersama oleh Presiden Korea Selatan,Lee Jae Myung dan turut dihadiri oleh pemimpin negara anggota ASEAN lain.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap