Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Kerjasama polis-JPN Selangor diperkuat bagi elak kejadian jenayah di sekolah

2025-10-15 HaiPress

Ketua Polis Selangor,Datuk Shazeli Kahar/BERNAMA

SHAH ALAM,15 Oktober - Pihak polis akan bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor bagi merangka langkah lebih berkesan untuk memastikan kejadian jenayah di sekolah tidak berulang,berikutan kematian seorang pelajar perempuan di Petaling Jaya.

Ketua Polis Selangor,Datuk Shazeli Kahar,berkata kawalan keselamatan di sekolah sudah lama dijalankan menerusi pelbagai program bersama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan pihak sekolah.

Tegas beliau,kerjasama itu bukan hanya dijalankan setelah kejadian yang berlaku semalam,sebaliknya sudah menjadi rutin bagi memastikan pelajar dan warga sekolah berada dalam persekitaran yang selamat.

"Atas arahan Ketua Polis Negara,kereta peronda juga akan mula membuat rondaan serta pemerhatian dalam kawasan sekolah bagi memperlihatkan kehadiran polis dan memastikan keselamatan pelajar sentiasa terjaga," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor,di sini hari ini.

Dalam pada itu beliau turut memaklumkan pihak polis sedang berkerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi mengekang penyebaran foto dan video membabitkan mangsa serta suspek di media sosial,memandangkan kedua-duanya masih di bawah umur.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap