Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

2025-10-11 HaiPress

BANK NEGARA MALAYSIA

KUALA LUMPUR,10 Oktober- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyakRM23.09 bilion dalampasaran konvensional danRM24.67 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat hari ini akan mengeluarkan tender repo berbalik berjumlahRM2.7 bilion untuk tujuh hari dan tender repo berbalik Islam (perjanjian jual dan beli semula) sebanyakRM300 juta untuk tujuh hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula,dan kemudahan murabahah komoditi bercagar bagi tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4.00 petang,bank pusat ituakan menjalankan tender semalaman konvensional sehinggaRM25.8 bilion dan tender semalaman murabahah RM23.6 bilion. -BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap