Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Industri Halal simbol kepercayaan antarabangsa - PM

2025-09-19 HaiPress

Datuk Seri Anwar Ibrahim / RTM

KUALA LUMPUR,19 September – Industri halal bukan sekadar label semata-mata.

Sebaliknya lambang kepercayaan antarabangsa yang berpaksikan kebersihan,integriti dan akauntabiliti.

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata konsephalalan tayyibanadalah pandangan menyeluruh terhadap perdagangan,pelaburan dan kehidupan.

Bukan hanya semata-mata soal hukum fiqh.

"Oleh itu,penting untuk kita melihat kepada inti pati dan maksud sebenar halalan tayyiban.

"Ia bukan hanya dari sudut apa yang diharamkan dalam konteks fiqh,tetapi satu pandangan menyeluruh dan komprehensif tentang perdagangan,perniagaan dan kehidupan itu sendiri," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2025 edisi ke-21 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Datuk Seri Anwar turut memberi penekanan bahawa industri halal kini telah berkembang melangkaui sektor makanan dan minuman.

Ia merangkumi keseluruhan spektrum pematuhan syariah termasuk kesihatan,perubatan,kosmetik,pelancongan dan kewangan Islam.

Industri halal juga mencerminkan komitmen global terhadap nilai berasaskan agama,etika serta keadilan.

Sekali gus menjadi contoh praktikal dakwah melalui tindakan dan akhlak.

"Halal bukan sekadar satu label,ia adalah simbol kepercayaan antarabangsa. Sehingga kini,hampir 10,000 syarikat merangkumi lebih 80 peratus perusahaan kecil dan sederhana telah mendapat pensijilan halal JAKIM berdasarkan pematuhan mereka terhadap piawaian halal yang menyeluruh," katanya.

Kerajaan Madani akan terus memperkasa industri halal sebagai pemacu utama ekonomi negara dengan sasaran eksport produk dan perkhidmatan halal mencecah RM80 bilion menjelang 2030.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap