2025-09-19 HaiPress
Anggota bomba cuba mengeluarkan mangsa yang terlibat nahas selepas kereta dinaiki terbabas / Foto JBPM Labuan
LABUAN,19 September- Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut,manakala tiga lagi cedera dalam nahas kereta yang berlaku di Simpang 20,Kampung Lajau,di sini,pukul 1.42 tengah malam tadi.
Komander Operasi,Pegawai Bomba Kanan Satu,Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan,Mohamad Irwan Jaidin berkata,pemandu dipercayai hilang kawalan sebelum kenderaan terbabas.
"Mangsa,Muhammad Shazlan Roslan,tersepit di kerusi penumpang dan dikeluarkan menggunakan peralatan khas.
Beliau disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Labuan dan diserahkan kepada Polis Daerah Labuan untuk tindakan lanjut," katanya.
Seorang lagi mangsa,Siti Rozianna Roslan,13 tahun,yang tercampak keluar dari kenderaan cedera dan dihantar ke hospital untuk rawatan.
Dua lagi penumpang,Mohd Nazlin Nazri,19 dan Mohd Sufree Sadatol,20,telah dihantar ke Hospital Labuan sebelum pihak bomba tiba di lokasi.
Operasi menyelamat tamat pada pukul 2.30 pagi.
09-19
09-19
09-19
09-19
09-19
09-19
09-19
09-19
09-19
09-19