2025-09-16 HaiPress
FOTO METMalaysia
KUALA LUMPUR,15 September - Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa simpati dan dukacita terhadap mangsa banjir yang melanda negeri Sabah ketika ini.
Beliau menyatakan sokongan penuh terhadap arahan Perdana Menteri dan usaha Kerajaan MADANI,termasuk peruntukan segera RM10 juta melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta tambahan RM11 juta daripada Kerajaan Negeri Sabah bagi membaik pulih infrastruktur asas dan memenuhi keperluan mendesak di kawasan terjejas.
"Keutamaan kerajaan ketika ini adalah memastikan keselamatan nyawa,kebajikan keluarga mangsa banjir,selain mempercepatkan pemulihan kemudahan asas di lokasi terbabit," katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook hari ini.
Dalam masa sama,beliau menyeru orang ramai di kawasan yang kini berada di bawah amaran ribut petir oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) khususnya Sabah,Sarawak,Terengganu,Pahang,Johor dan Labuan agar sentiasa berwaspada terhadap ancaman hujan lebat,ribut petir dan angin kencang.
“Utamakan keselamatan,elakkan kawasan berisiko serta patuhi arahan pihak berkuasa,” katanya.
09-17
09-17
09-16
09-16
09-16
09-16
09-16
09-16
09-16
09-16