Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Kajian pelaksanaan PAGS: pastikan insiden babitkan OKU tidak berulang - MOT

2025-09-08 HaiPress

Foto RTM

KUALA LUMPUR,8 September - Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) sedang mengkaji pelaksanaan 'Platform Automatic Gate System' (PAGS) di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya dan LRT Laluan Ampang bagi memastikan insiden melibatkan penumpang Orang Kurang Upaya (OKU) di Stesen LRT Titiwangsa pada 22 Februari lalu tidak berulang.

Timbalan Menteri Pengangkutan,Datuk Hasbi Habibollah berkata,kementeriannya sentiasa memastikan bahawa setiap insiden disiasat secara teliti bagi mengenal pasti punca di samping melaksanakan langkah pembaikan serta pencegahan dengan kadar segera.

Beliau berkata,beberapa langkah interim juga telah diambil untuk meningkatkan tahap keselamatan di stesen pengangkutan awam yang lain.

"Antaranya adalah pemasangan penghadang keselamatan sementara di stesen-stesen LRT Laluan Kelana Jaya dan LRT Laluan Ampang dan penempatan anggota polis bantuan tambahan di stesen-stesen tren.

"Selain itu,mempertingkatkan kemudahan mesra OKU di seluruh rangkaian pengangkutan awam,termasuk menggantikan lif-lif lama dengan lif baharu yang dilengkapi dengan kemudahan mesra OKU di stesen-stesen Monorel dan penambahbaikan laluan akses serta papan tanda lebih jelas bagi memastikan pergerakan yang selesa dan selamat kepada penumpang OKU," katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Isaiah A/L D Jacob mengenai komitmen dan tindakan kementerian ke atas keselamatan OKU di setiap stesen pengangkutan awam memandangkan ada kes kemalangan membabitkan golongan tersebut di stesen pengangkutan awam khususnya stesen LRT.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap