2025-09-08 HaiPress
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA),Akmal Nasrullah Mohd Nasir/Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,8 September – Sebanyak tujuh Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) bernilai RM1.43 bilion di Kedah kini sedang berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA),Akmal Nasrullah Mohd Nasir,bagaimanapun mengakui terdapat beberapa cabaran teknikal melibatkan pelbagai pihak berkepentingan yang perlu ditangani secara teliti.
“Setelah projek-projek RTB ini disiapkan,Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan melaksanakan penilaian outcome untuk menilai tahap keberkesanan mitigasi banjir,khususnya dari aspek pengurangan risiko limpahan sungai,perlindungan kawasan penempatan,pengurangan kerosakan harta benda serta peningkatan tahap keselamatan dan kesejahteraan rakyat Kedah,” katanya di Dewan Negara.
Beliau menjawab soalan Senator Musoddak Ahmad mengenai status projek RTB di Kedah serta tahap keberkesanannya dalam mengurangkan bencana banjir.
Tambahnya,setakat ini 54 Pelan Induk Tebatan Banjir (PITB) di seluruh negara telah disiapkan.
Manakala lima lagi sedang dalam pelaksanaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe12) sehingga tahun 2025.
09-08
09-08
09-08
09-08
09-08
09-08
09-08
09-08
09-08
09-08