2025-09-05 HaiPress
Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,5 September – Sebanyak RM106.1 juta jualan melibatkan 1.7 juta penerima dicatatkan pada hari kelima pelaksanaan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) setakat pukul 9.30 malam,semalam.
Menurut Kementerian Kewangan,kadar transaksi berjaya kekal stabil pada 99.5 peratus,selaras dengan prestasi semalam.
"Usaha penambahbaikan dan peluasan kapasiti pemprosesan sistem sepanjang empat hari lalu telah menyumbang kepada kestabilan sistem yang dicapai pada hari ini," menurut kenyataan itu.
Sejak pelaksanaan Penghargaan SARA pada 31 Ogos 2025,lebih 6.6 juta rakyat atau 30 peratus daripada jumlah penerima telah menggunakan kredit SARA untuk membeli barangan keperluan asas dengan jumlah perbelanjaan keseluruhan mencecah RM425.2 juta di seluruh negara.
09-05
09-05
09-05
09-05
09-05
09-05
09-05
09-05
09-05
09-05